HomeEntertainment"Cubaan Loan Gagal" - Minta Duit Untuk Beli Tiket BLACKPINK, Reaksi...

“Cubaan Loan Gagal” – Minta Duit Untuk Beli Tiket BLACKPINK, Reaksi Ibu Pula Curi Tumpuan

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa yang tidak kenal penyanyi berkumpulan dari Korea Selatan iaitu BLACKPINK

Mereka ini merupakan artis K-Pop yang popular dan menjadi fenomena di dunia. Malah, baru-baru ini tular sebuah berita tentang konsert mereka yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada Mac 2023.

Berita itu membuatkan ramai peminatnya ternanti-nanti akan kemunculan mereka di Malaysia.

Sama seperti sebuah posting yang tular di laman sosial ini, apabila seorang pemuda mencuba nasib untuk meminjam wang daripada ibunya. Namun, reaksi si ibu pula telah mengundang tawa ramai.

Lihat posting itu di bawah:

cubaan loan fail pic.twitter.com/gzN2myOpHc

— (@iqmalxxx) November 12, 2022

Si ibu terus reject ‘mentah-mentah’ permintaan si anak

Menerusi posting berkenaan, dia menunjukkan gambar perbualan di WhatsApp bersama ibunya.

Melalui perbualan tersebut, dia mencuba untuk meminjam duit ibunya tetapi gagal dek kerana harga tiketnya yang terlalu mahal.

Lebih melucukan lagi, si ibu siap offer dirinya untuk memakai serba serbi warna pink untuk menggantikan konsert BLACKPINK itu.

Image via @iqmalxxx (Twitter)

“Hahaha, mak dia nak pakai pink terus. Esok dia start praktis dah tu, konsert untuk anak dia” – Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 8,394K retweets, 990 quote tweets dan 18.8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

mak pakai pink semua HAJAJJAJAJAJAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

— ayang kamu (@sowhoismike) November 12, 2022

bila mak awak nak buat konsert ? kami nak p

— (@M1QA_) November 12, 2022

mak dia cosplay dato’ sri vida

— lalisa minatozaki (@nshrffi) November 12, 2022

“mak boleh nyanyi korea ke” HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA

— areum jeon (@_lilacdaisy) November 13, 2022

bang, minta mak nyanyi lagu pink venom sebagai encore

— seirasuka ginting (@seiroar) November 12, 2022

takpelaa fail, mak dah onz nak pakai semua pink

— HAURABELLE 11.11 SALES TILL 12/11 (@Fizaaahhh_) November 12, 2022

Boleh lah ibu dia jadi ahli kelima dalam BLACKPINK 😛

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News