“Comel” – Gelagat Budak Perempuan Menari Dengan Stranger Ini Curi Tumpuan Netizen

0
264
Cover image via
@nurynanaqi_11 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menari bukan sahaja dapat meningkatkan fleksibiliti, kekuatan fizikal dan stamina, malah dapat juga menggembirakan hati kanak-kanak. Kita yang melihat mereka menari ini pun boleh terikut seronok.

Sama seperti video yang tular ini memaparkan gelagat seorang kanak-kanak perempuan menari bersama lelaki yang tidak dikenalinya telah menghiburkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurynanaqi_11 Gigih dengan orang yg tak kenal pulak tu! #fyp #fypdongggggggg Call Me Baby Remix – Ianpermana33

Menerusi video yang dikongsi oleh @nurynanaqi_11, kelihatan seorang wanita bersama anaknya sedang berada di sebuah arcade yang tidak dikenal pasti.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anaknya itu tiba-tiba berlari dan selamba menari bersama seorang lelaki yang tidak dikenali di situ.

Wanita itu cuba menghalang anaknya, namun dia tetap meneruskan menari bersama lelaki tersebut.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel budak perempuan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 2.1M views, 112.4K likes dan 910 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: