Chep’s Chicken Chop: istimewa untuk seisi keluarga

0
1667
‘Chicken chop telur masin’ yang enak dengan sos telur masin berkrim.

SHAH ALAM: Tinggal di bandar, siapa yang tidak sukakan “Chicken Chop”, makanan Melayu-Barat yang terdapat di kebanyakan restoran seluruh negara.

Katanya, ia dicipta oleh orang Hainan yang menjadi tukang masak di rumah-rumah Inggeris semasa era penjajahan dahulu.

Masakan ini adalah alternatif kepada makanan pedas sinonim di Malaysia, malah harganya juga berpatutan boleh dinikmati oleh semua.

Restoran yang menjual “chicken chop” kini ada di mana sahaja tetapi untuk mendapatkan “chicken chop” yang benar-benar sedap, itu agar sukar.

Namun, kami temui sebuah restoran yang pastinya akan memenuhi citarasa penggemar “chicken chop” terletak pinggir bandar, iaitu di Plaza Jelutong.

‘Chep’s Chicken Chop’ dibuka pada bulan Ogos dan ia adalah usaha perniagaan pertama pasukan suami-isteri ini.

Dari luar, restoran Chep’s Chicken Chop sama seperti restoran lain tetapi dilihat pada pemandangan sekitar yang mendamaikan, mungkin itulah sebab Nurbaiti Mohd Zin dan Zainuddin Abu Hassan memilih untuk membuka restorannya di sini.

Di luar tingkap menghadap pemandangan bukit berhutan menghijau, pasti membuai selera pelanggan sambil menikmati hidangan.

Menurut Nurbaiti, dia melukis sendiri semua karya seni yang dipamerkan dan memilih hiasan yang indah sebagai sentuhan kebanggaan mereka berdua.

Ketika dia sibuk memperindahkan ruang makan, suaminya Zainuddin yang merupakan seorang “chef” dengan dua dekad pengalaman di hotel seluruh dunia pula mengendalikan dapur.

Setelah bertahun-tahun bekerja dan tinggal di luar negara, pasangan ini kembali ke Malaysia dan memulakan Chep’s Chicken Chop sebagai usaha perniagaan pertama mereka bersama. Menurut Nurbaiti, restoran itu seperti “mimpi menjadi kenyataan” bagi mereka.

Restoran ini menawarkan persekitaran tempat makan yang selesa kepada pelanggan.

Dengan ruang makan yang selesa dan menarik seiring dengan standard makanan yang tinggi, menjadi bukti komitmen mereka.

Jika anda ke sini, perkara pertama yang mungkin anda perhatikan adalah potongan ayam Chep dimasak sempurna dengan lapisan luar yang segar dan daging lembut di dalamnya. Dihiasi keenakan keju mozzarella dan dilengkapi dengan kentang goreng yang rangup.

Dihidangkan dengan keju mozzarella potongan ayam Chep, segar di luar dengan daging lembut dan berair di dalamnya.

Anda juga mesti mencuba ‘chicken chop telur masin’ yang pasti mengasyikkan bagi penggemar telur masin. Potongan kepingan daging ayam dilapisi sos perasa telur masin.

Bukan hanya ‘Chicken Chop’, malah terdapat pelbagai jenis makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan ada di sini.

‘Franktastic’ terdiri daripada dua sosej daging yang disajikan di atas kentang lenyek.

Sekiranya anda mencari sesuatu yang sedikit berbeza, ‘Franktastic’ mungkin boleh menjadi pilihan.

Dengan dua sosej ‘rasaksa’ dihias potongan keju serta kentang lenyek yang lembut dan enak untuk dinikmati.

Salmon panggang Atlantik dimasak dengan sempurna, hadiah buat setiap peminat makanan laut.

Satu lagi menu terlaris di sini adalah ‘Salmon Panggang Atlantik’ yang dimasak sempurna. Apatah lagi, ia dihias cantik dengan salad dan sos enak, jangan lupa mengambil gambar dahulu sebelum makan.

‘Salad Caesar lada hitam’ adalah pilihan yang lazat bagi mereka yang sedang berdiet.

Bagi mereka yang menjaga berat badan, Salad Caesar lada hitam ini tepat untuk yang mencari jumlah kalori yang rendah. Dihidangkan dengan sayur-sayuran yang berwarna-warni yang segar dan menarik.

Melengkapkan hidangan, jangan lupa memesan segelas jus sejuk – mungkin jus nanas boleh menghilangkan dahaga dan memberi rasa manis di mulut.

Pengasas restoran, Nurbaiti dan Zainuddin berharap dapat melihat francais Chep berkembang di seluruh negara.

Sekiranya anda tertanya-tanya, bagaimana restoran ini mendapat nama ‘chep’ – ia adalah bahasa ‘slang’ untuk chef atau tukang masak.

Nurbaiti yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada suaminya berkata, “Saya tahu masakannya. Saya percaya dengan masakannya dan saya ingin berkongsi masakannya dengan semua orang,” ujarnya.

Walaupun menghadapi kesukaran untuk melancarkan restoran di tengah pandemik Covid-19, pasangan itu tidak patah semangat malah mempunyai impian yang tinggi.

“Kami ingin membuka ‘Chep’ di setiap negara,” akhiri Nurbaiti sambil tertawa.

Chep’s Chicken Chop
Plaza Jelutong,
Block C 30/G,
40150 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi: 11am-3pm and 6pm-10pm daily (tutup pada hari Isnin)
Hubungi: (03) 7832 1268 / (019) 441 0035
Penghantaran: https://chepschickenchop.beepit.com/

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]