Calon kita sudah ada majoriti, kata Zahid

0
371
(Gambar Bernama)

IPOH: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan calon partinya sudah mempunyai majoriti mencukupi untuk diangkat sebagai menteri besar Perak baharu, selepas bertemu Sultan Perak pagi tadi.

Beliau berkata PAS dan PPBM memberikan sokongan kepada pembentukan pentadbiran baharu pimpinan calon pilihan UMNO, yang terbentuk dengan penyingkiran Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu, menerusi usul percaya yang diusulkan oleh UMNO sendiri baru-baru ini.

Zahid berkata Sultan Nazrin Shah sendiri akan mengumumkan siapa calon terpilih.

“Mencalonkan itu adalah hak Umno dan Barisan Nasional, tetapi hak untuk mengumumkan calon adalah hak mutlak Tuanku,” katanya kepada pemberita di Istana Kinta.

Zahd berkata pembentukan pentadbiran baharu ini membabitkan kerjasama UMNO, PAS, dan PPBM.

“Seboleh mungkin kita mempertahankan kesepakatan Perikatan Nasional,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL