Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pandemik Covid-19 telah memperlihatkan ramai orang mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan secara online
Tambahan lagi bagi peniaga makanan, mereka adalah antara yang paling sibuk kerana kini ramai orang memilih menggunakan khidmat delivery berbanding makan di kedai walaupun telah dibenarkan oleh kerajaan.
Tetapi, kadangkala kerja mereka ini memerlukan sedikit pengorbanan dan masa disamping perlu sabar melayan kerenah pelanggan.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang peniaga meluahkah rasa kecewa melihat sikap pelanggannya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
takpelah saya kena pun. harap seller lain tak terkena camni ##foodieee
Kena ‘sidai’ 37 minit nak tunggu customer transfer duit makanan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang merupakan peniaga makanan berkongsi rasa kecewanya.
Difahamkan, dia pada hari tersebut perlu menghantar makanan ke rumah salah seorang pelanggannya.
Namun, setibanya di situ dia meminta pelanggannya itu untuk membuat bayaran sebelum diberi kerana itu memang peraturannya.
Tetapi, pelanggan itu tidak memberi respon untuk membuat bayaran membuatkan dia terpaksa menunggu di situ sehingga 37 minit.
Perkara itu membuatkan dia merasa kecewa kerana dia juga perlu menghantar makanan ke rumah pelanggan yang lain pula.
Image via @schanasha (TikTok)
Image via @schanasha (TikTok)
“Allah, susah sangat ke nak permudahkan kerja orang?” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka buat wanita tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 548.1K views, 48.9K likes dan 1,266 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @schanasha (TikTok)
Image via @schanasha (TikTok)
Image via @schanasha (TikTok)
Image via @schanasha (TikTok)
Image via @schanasha (TikTok)
Image via @schanasha (TikTok)
Image via @schanasha (TikTok)
Sabar jelah kan dapat customer macam ni. Hmm kesian dia 🙁
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik