@pakwerangers405 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula jika masuk ke alam pekerjaan di mana kita akan berjumpa dengan pelbagai bangsa lain, ia tentu dapat memudahkan kita untuk berborak dengan mereka betul tak?
Namun, lain pula yang jadi di dalam video ini apabila seorang pemandu Grab Melayu cuba untuk bercakap Cina telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pakwerangers405, kelihatan dia melepak di salah sebuah bengkel bersama seorang kawannya yang berbangsa Cina.
Sementara menunggu motosikalnya dicuci, rider Grab berkenaan cuba untuk bertutur dalam bahasa Mandarin dengan kawan di sebelahnya itu.
Tetapi, apa yang melucukan adalah lelaki Cina itu pun tidak faham apa yang cuba disampaikan olehnya. Dia hanya mampu gelak dan redha saja dengan kawannya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 778.9K views, 73.1K likes dan 2.6K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan berdekah melihat gelagat rider Grab itu yang konfiden bertutur bahasa Mandarin walaupun hakikatnya ‘ke laut’.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:


