HomeEntertainmentBulan Ramadan Kan Syaitan Diikat, Tapi Kenapa Ada Je Maksiat? Baca Jawapan...

Bulan Ramadan Kan Syaitan Diikat, Tapi Kenapa Ada Je Maksiat? Baca Jawapan Ustaz Muda Ini!

Cover image via
Foodobye

Bulan Ramadan datang setiap tahun bagi membuka peluang kepada umat Islam untuk melipat gandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan dariNya. Bulan ini juga cukup istimewa berbanding bulan-bulan lain kerana ganjaran pahala lebih besar dijanjikan bagi setiap amalan yang dilakukan.

Ayat Al-Quran di atas jelas menunjukkan bahawa bulan Ramadan adalah bulan yang paling mulia dan suci bagi umat Islam. Ayat-ayat pertama Al-Quran diturunkan pada bulan ini. Bahkan, pada bulan Ramadan, umat islam diwajibkan untuk berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang lain kerana Allah SWT berfirman;

Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala (dari Allah SWT), niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia dan memberi seribu makna buat umat islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, umat Islam wajib berpuasa menahan segala yang membatalkan puasa seperti menahan makan dan minum, tidak menuruti hawa nafsu dan menjaga perbuatan yang tidak baik selama berpuasa.

Sabda Rasulullah SAW;

Berdasarkan riwayat itu, ramai di antara kita yang percaya setahun sekali, syaitan akan dirantai pada bulan Ramadan sehinggalah habisnya bulan yang penuh keberkatan ini. Namun begitu, sekiranya syaitan dan jin benar-benar diikat, mengapa masih ada manusia yang melakukan maksiat dan perbuatan mungkar pada bulan ini?

Seorang ustaz muda dan pendakwah bebas yang dikenali sebagai Ad-dien telah tampil memberikan penjelasan sebenar. Ad-dien atau nama sebenarnya Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir telah berkongsikan penjelasannya di laman Twitter miliknya tentang salah faham dakwaan syaitan dan jin diikat pada bulan Ramadan.

Ini bererti, maksiat dan kemungkaran berlaku sebenarnya adalah disebabkan dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Walaupun dalam diri manusia itu terdapat nafsu yang baik dan buruk tetapi nafsu manusia umumnya adalah lebih cenderung untuk melakukan maksiat. Nafsu lebih senang atau mesra dengan perkara-perkara yang jelek dan jijik.

Oleh yang demikian, bulan puasa merupakan masa yang sesuai untuk kita melatih dan mengawal diri kita supaya berdisiplin, menolak yang tidak baik dan mengamalkan yang baik kerana ibadah berpuasa itu sahaja adalah untuk mengawal diri kita daripada dipengaruhi nafsu. Jadikan bulan Ramadan sebagai ruang untuk kita perbaiki diri dari semasa ke semasa.

More stories to read:

Must Read

Related News