Cover image via
@cekyanaofficial (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Masak Masak Cekyana.
Katanya usahawan tersebut belanja sebanyak RM10K untuk kek sempena majlis gender reveal anaknya yang ke-4. Tapi hasilnya, alahai…Kesian tengok.
Ha! Usahawan yang dimaksudkan, tidak lain tidak bukan, Cek Yana, pengasas kepada Masak-Masak CekYana. Ala, pemilik kepada rempah oden viral yang banyak youtuber dan tiktokers buat review “mukbang” tu.
Cek Yana bakal menimang cahaya mata perempuan yang pertama, ibu mana yang tidak teruja hendak sambut kelahiran bayi perempuan sulung dalam keluarga yang sudah ditunggu-tunggu sekian lama.
Maka tidak hairanlah, ibu kepada 3 cahaya mata lelaki ini sanggup berbelanja besar untuk sambutan majlis gender reveal tersebut.
Lihat video penuh itu di bawah:
Memang betul kata orang, malang tidak berbau. Majlis istimewa yang diharapkan menjadi kenangan manis dan terindah buat usahawan tersebut bertukar menjadi satu tragedi apabila dirinya terkejut besar kerana kek yang ditempah, indah khabar daripada rupa.
Siapa saja yang tidak terkilan dan kecewa apabila kek yang diterima lain benar hasilnya. Tak sama langsung dengan lakaran. Kalau min pun confirm melenting. Ye la! Harga kek bukan murah, RM10K you alls!
Merasakan dirinya ditipu dan kek yang diterima tidak setimpal dengan wang yang telah dibelanjakan, Cek Yana berkongsi moment tersebut dengan pengikutnya di aplikasi TikTok untuk mengelakkan situasi tersebut berulang kembali.
Sementara itu, rata-rata netizen juga tidak berpuas hati melihat kek yang dihasilkan. Bukan apa, hasilnya lain sangat berbanding dengan apa yang dijanjikan.
Sepatutnya kek yang dihasilkan menyerupai Istana Melayu dan Istana Korea tapi boleh pula baker main tampal saja gambar Istana Melayu dan Istana Korea tu. Bukan setakat itu, kek juga rapuh bila dipotong. Tak moist langsung.
Walaupun kecewa, majlis tetap diteruskan dan Cek Yana mengumumkan jantina anaknya secara live di Facebook dan TikTok. Bukan itu saja, dalam masa yang sama Cek Yana juga telah bernazar untuk menaja dua orang pengikutnya untuk bersalin di hospital swasta Andorra jika mereka turut mendapat anak perempuan.
Selain itu, lima ibu hamil bertuah turut dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500. Wah, seronoknya!
Dalam majlis tersebut, Cek Yana turut melancarkan produk terbaharu keluaran Masak Masak CekYana, iaitu rempah Odeen Kimchi dan Sup Steamboat. Jika sebelum ini, rempah odeen hanya ada 2 perisa iaitu rempah Odeen Original dan Extra Hot Spicy, sekarang Cek Yana tambah 2 lagi variasi rasa baru untuk anda semua.
Menurut Cek Yana, dia berharap dengan adanya empat jenis rempah kuah odeen, anda boleh pilih mana satu rempah yang betul-betul kena dengan tekak anda. Jadi, bila anda makan, anda puas hati dan rasa nak repeat lagi.
Lebih istimewa, sempena majlis ini juga CekYana share butiran Peraduan Happy Hour Sale iaitu pelanggan setia rempah odeen viral yang membuat pembelian minima RM29 berpeluang memenangi pelbagai hadiah awesome termasuklah iPhone 13, dishwasher Toshiba dan banyak lagi.
Nak tahu butiran lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh klik link di bawah. Bagi anda yang teringin nak cuba produk keluaran CekYana, anda boleh dapatkan produk-produk keluaran Masak-Masak CekYana melalui ejen sah dan HQ Masak-Masak CekYana.