HomeEntertainmentBosan Asyik Main Theme Park? Ini 'Benda' Best Yang Anda Boleh Buat...

Bosan Asyik Main Theme Park? Ini ‘Benda’ Best Yang Anda Boleh Buat Di Genting Highlands

Cover image via
Klook
, Make My Trip
, Hotels.com

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Rata-ratanya mengambil peluang tersebut dengan pergi bercuti dan melakukan pelbagai aktiviti yang dibenarkan. Namun, perlu diingatkan supaya orang ramai terus mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memutuskan wabak rantaian Covid-19.

Antara salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai adalah sudah tentunya Genting Highlands. Pasti ramai yang rindu mahu merasa cuaca di atas bukit sana. Ada juga yang rindu untuk bermain theme park popular di sana.

Tetapi, tahukah anda selain bermain theme park sebenarnya banyak lagi benda best anda boleh lakukan di Genting Highlands?

Jom kita lihat senarai berikut yang telah dikongsikan di Twitter:

1. Strawberry Leisure Farm

Pasti ramai yang tidak tahu kan yang Genting juga mempunyai tempat strawberi. Bukan itu saja, anda juga boleh petik sekali!

Paling best, benih strawberi ini semua memang imported dari California. Jadi, bayangkanlah sedap dia macam mana. Selain strawberi, tempat ini juga mempunyai lavender farm dan macam-macam jenis bunga.

2. Happy Bee Farm & Insect World

Tempat ini sangat menarik kerana anda boleh belajar banyak benda dekat sini contohnya cara madu diproses. Paling best, scenery kat sini memang cantik dengan kabusnya dan cuaca sejuk.

Untuk insects lover pula, anda mesti suka tempat ini sebab boleh jumpa banyak jenis insects yang rare. Jadi, boleh lah jalan-jalan sambil belajar benda baru kan.

3. GLAMZ at Genting

Ini adalah salah satu tempat famous dan menjadi tumpuan ramai. Daripada anda tinggal di hotel, apa kata anda cuba glamping di sini. Memang syok gila lah.

Anda akan dapat melihat pemandangan yang memang cantik sangat dan waktu malam anda boleh tengok bintang-bintang dilangit. Cuba rasainya sendiri!

Ada banyak jenis dome anda boleh pilih tau. Dome room, Family Dome, Bell Tent, VIP Dome with private jacuzzi. Semua best, cantik and sangat selesa.

4. Bona Cinemas

Tempat ini terletak di Sky Avenue dan mempunyai 4 movie halls. Yang bestnya dekat sini, ada 3 jenis tempat duduk yang anda boleh pilih. Standard (RM16), executive (RM17) dan premium (RM22).

Nampak macam mahal tapi dekat sini mereka menggunakan Dolby Atmos. Jadi, sound dia memang nice dan gempak!

Satu benda yang akan buat anda tertarik nak tengok movie dekat sini adalah tempat duduk mereka. Nampak selesa kan? Siap dengan reclining chairs lagi.

You may be interested in:

Must Read

Related News