Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, kaum wanita perlu bersusah payah untuk memastikan tudung mereka sangat kemas dan licin. Sebab itu, memang pantang kalau ada yang sengaja merosakkan tudung mereka setelah digosok.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak kecil mengambil tudung ibunya yang telah digosok mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di bilik mereka untuk bersiap keluar ke rumah.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila si anak dilihat mengambil tudung ibunya yang telah digosok semasa ibunya berada di tandas. Aksi itu sempat dirakam oleh ayahnya.
Lebih melucukan lagi, ayahnya dengan selamba membiarkan anaknya berbuat demikian tanpa menghalangnya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 81K tontonan, 6K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi si kecil itu.
Malah, ramai yang bersimpati kepada ayahnya kerana bakal dimarahi si isteri pula nanti.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: