HomeEntertainmentBising Lambat Dapat Bantuan Banjir, Bekas Tentera Dedah Situasi Sebenar Buat Ramai...

Bising Lambat Dapat Bantuan Banjir, Bekas Tentera Dedah Situasi Sebenar Buat Ramai Sedar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faiznurzin atau nama sebenarnya Capt (R) Raeiz Hamed RMAF yang merupakan bekas pegawai TUDM tampil untuk menjelaskan situasi sebenar apabila banjir berlaku di Malaysia.

Menurutnya, cuti para anggota keselamatan sebenarnya akan dibekukan serta merta apabila bencana melanda negara.

Malah, realitinya mereka sudah bersiap sedia untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah tanpa sempat memuat naik perkembangan semasa di media sosial.

Bukan itu saja, anggota keselamatan juga mempunyai keluarga yang terjejas akibat banjir. Tetapi, mereka terpaksa meninggalkan keluarga bagi menjalankan tugas menyelamat di lokasi lain.

Must Read

Related News