Bila Mesin Termometer Tinggi Sangat, Cikgu Dekah Tengok Murid Tak Menyabar Angkut Sendiri

0
214
Cover image via
@tapa.son (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak kiralah golongan dewasa atau kanak-kanak, semua orang perlu sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan demi keselamatan bersama.

Namun, tular pula gelagat seorang kanak-kanak perempuan baru-baru ini apabila dia ingin masuk ke tadika telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tapa.son Punca kenapa imbas suhu tidak perlu lagi #kkm Funny Laugh no no no – Sound Effect

Menerusi perkongsian video daripada @tapa.son, kelihatan kanak-kanak itu baru saja sampai di tadikanya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia dilihat gigih ingin mengimbas suhu sebelum masuk ke kelas.

Disebabkan mesin termometer di tadikanya agak tinggi dan dia tidak sampai untuk mengimbas suhu di dahinya, kanak-kanak itu selamba mengangkat mesin tersebut dan halakan ke dahinya.

Perkara itu membuatkan dua orang guru tadika yang baru sampai untuk menjemputnya tergelak melihat tindakan spontan kanak-kanak berkenaan.

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 2.4M views, 216.6K likes dan 10.8K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu yang lucu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: