Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ia adalah satu usaha yang baik kerana kita bukan saja dapat menyelamatkan diri kita malah, dapat menyelamatkan orang lain juga. Keberkesanan vaksin Covid-19 ini sudah terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.
Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter memaparkan mesej mengenai pakej dan harga untuk membuat sijil vaksin palsu yang telah mengundang kecaman ramai.
Lihat posting itu di bawah:
Menerusi posting tersebut, seorang pengguna Twitter @La_FarEast berkongsi mesej tular yang memaparkan servis penjualan sijil vaksin palsu.
Mesej tersebut mengandungi penerangan proses dan bayaran yang akan dikenakan bagi membuat sijil vaksin tersebut untuk seorang.
Difahamkan, proses itu mengambil masa akan siap dalam seminggu hingga dua minggu bagi membolehkan pelanggan mendapatkan sijil lengkap.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 877 retweets, 180 quotes tweets dan 823 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:


