Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hal ini bagi mengelak sebarang kemalangan sekali gus menjaga keselamatan setiap pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa mematuhi peraturan jalan raya seperti tidak melanggar lampu isyarat dan sebagainya.
Namun, tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang lelaki memandu dengan selamba di sekitar Setia Alam telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kereta Proton Perdana yang berwarna hitam cuba untuk memotong queue di lampu isyarat.
Sedang asyik dia memandu, kereta itu terpaksa berhenti kerana gagal memasuki lane yang sepatutnya. Rakaman itu sempat dirakam dashcam kereta yang berada di depannya.
Pemandu kereta Perdana itu dilihat berang dan cuba mengejar kereta dihadapannya. Dia dilihat sengaja berhentikan kereta sebaik saja dapat memotong kereta depannya itu. Pemandu itu dilihat turun daripada kereta lalu tunjuk marah dan tidak berpuas hati.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 109K views, 1K retweets, 1K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi. Malah, ramai yang menunjukkan tidak puas hati juga kepada pemandu itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: