@niadhiaghazali (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang menangis nak balik rumah, ada juga yang balik dengan tudung senget-benget dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil mengantuk dan tidur dalam kelas namun rakannya terjebak sekali telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan budak sedang berada di dalam kelas sambil diajar gurunya cara solat.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak perempuan dilihat sangat mengantuk sehingga tidur di kelas. Dia tidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya tersengguk-sengguk.
Rakan di sebelahnya terus melihat dan tolong menadahkan tangan supaya rakannya itu tidak terhantuk. Sekali pada akhirnya, dia juga tewas dan kelihatan matanya terkebil-kebil.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M tontonan, 98K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua budak perempuan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: