HomeEntertainmentBergaduh Cari Jalan Dengan 'Perempuan' Dalam Waze, Video Lelaki Ini Undang Tawa...

Bergaduh Cari Jalan Dengan ‘Perempuan’ Dalam Waze, Video Lelaki Ini Undang Tawa Ramai

Cover image via
@akmalwalid_83 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun ia boleh menunjukkan kita ke arah destinasi dengan lebih mudah dan cepat, kadangkala ia juga mendatangkan salah faham sekiranya kita tersalah jalan.

Namun, lain pula dengan sebuah video ini yang memaparkan rakaman seorang lelaki yang bergaduh dengan Waze di telefonnya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @akmalwalid_83, kelihatan dia ketika itu sedang memandu keretanya untuk menuju ke sebuah destinasi.

Dia menggunakan Waze yang mempunyai suara wanita sebagai operator menunjukkan jalan ke tempat yang ingin ditujunya itu.

Tetapi, apa yang menghiburkan adalah apabila dia tidak mahu mengikut arah yang ditunjukkan oleh Waze tersebut menyebabkan wanita itu memarahi dan memakinya.

Lebih menghiburkan lagi, wanita di dalam Waze sempat menuduhnya ingin berjumpa dengan janda.

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M tontonan, 102.2K tanda suka dan 4.2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur mendengar perbualan antara lelaki itu dan Wazenya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News