HomeEntertainmentBeli MacBook Air & iPhone 11 Pro Guna Duit Sendiri, Pelajar Universiti...

Beli MacBook Air & iPhone 11 Pro Guna Duit Sendiri, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung!

Cover image via
Twitter @mishaqstn

Lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda. Ramai yang susah untuk menyimpan wang, baik wang selepas mendapat gaji mahupun wang pengajian yang diberi ibu bapa ataupun PTPTN. Boleh dikatakan pengurusan kewangan memang langsung tidak tahu dan sentiasa bersikap boros.

Ada sahaja duit dalam tangan pasti akan digunakan untuk perkara-perkara lagha. Bila tiada duit, mulalah perangai meminta itu muncul, sampai merayu-rayu kepada ibu bapa atau adik-beradik yang lain untuk dipinjamkan duit. Hutang PTPTN pula tidak dibayar sampai ke sudah.

Berbeza dengan seorang gadis ini yang sudah mengamalkan dan mempunyai teknik menabungnya sendiri sejak dari kecil lagi.

Menerusi laman Twitter, @mishaqstn atau lebih mesra disapa Mica telah memuat naik gambar hasil pembeliannya itu yang mana rata-rata warganet yang terdiri daripada golongan pelajar mula menanyakan serta meminta tips menabung daripadanya.

Menurut gadis itu, dia mula menabung semenjak dari bangku sekolah rendah lagi dengan menyimpan sekurang-kurangnya seringgit sehari.

Bukan itu sahaja, seperti kebanyakan kanak-kanak lain, setiap kali menerima duit raya pada hari lebaran, Mica akan memberikan wang tersebut kepada ibunya untuk dimasukkan ke dalam bank.

Sewaktu di sekolah menengah pula, Mica yang bersekolah di sekolah berasrama berkata dia tidak menggunakan wang saku yang diberi oleh bapanya sehingga berjaya menyimpan di antara RM100 ke RM150 setiap bulan.

Sesudah tamat persekolahan. Mica yang melakukan kerja sampingan sebagai tutor dan pembantu jualan mula sedar tentang kepentingan membezakan barang kehendak dan keperluan.

Pada usia itu juga dia akan mula memasukkan wang simpanannya, baik duit gaji, duit raya, mahupun allowance ke dalam akaun ASB miliknya.

Menginjak ke universiti pula, Mica berkata dia akan menyimpan sebanyak RM200 setiap kali bapanya memasukkan elaun pengajian. Dengan berbuat demikian, dalam masa 10 bulan, gadis itu mampu mengumpul RM2,000.

Mica turut berpesan supaya berdisplin dalam menabung. Perlu tetapkan aim serta target dalam menabung dan tidak menggunakan wang yang ada dengan shopping.

Pada akhir rangkaian tweet-nya, Mica mengucapkan selamat berjaya buat mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya dalam menabung.

Dia juga faham bahawa fasa awal menabung itu sememangnya sukar namun apabila sudah nampak hasil, mesti akan rasa lebih bersemangat untuk menabung.

You may be interested in:

Must Read

Related News