Akhirnya Dewan Rakyat hari ini bersetuju untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021
Menurut laporan, RUU itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang tanpa melalui undian belah bahagi.
Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, pada jam 3.28 petang.
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menggulung perbahasan selama kira-kira sejam.
Kelulusan RUU berkenaan akan membolehkan kerajaan menggunakan dana di bawah Kumpulan Wang Disatukan untuk tujuan perbelanjaan negara bagi tahun depan.
#Belanjawan2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa di #DewanRakyat pada Isnin 30 November 2021, Isnin – Datuk Azhar Azizan Harun #NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19 pic.twitter.com/Ba8vEKKU01
— Astro AWANI (@501Awani) November 26, 2020
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik