Bayi Lelaki Ini Beria Menangis, Tapi Cara Si Ayah Pujuk Pula Buat Reaksinya Terus Berubah

0
221
Cover image via
@betty_jogja (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Telatah mereka yang comel dan tidak terjangka sememangnya membuatkan hati ibu bapa sentiasa terhibur.

Seperti video yang tular baru-baru ini yang memaparkan seorang bayi lelaki menangis kemudian tergelak selepas dipujuk ayahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@betty_jogja Balas @boboiboyofficialhd suara asli – Bety Jogja

Menerusi video berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh @betty_jogja, kelihatan bayi itu sedang menangis sambil diperhatikan oleh ibu dan ayahnya.

Apa yang melucukan adalah apabila ayahnya berkata jika sudah berhenti menangis terus bagitahu ibu. Malah, si kecil itu sempat menjawab “belum” apabila si ayah bertanya “belum selesai?”.

Lebih menghiburkan lagi, bayi itu menyambung tangisannya selepas ayahnya menyuruh berbuat demikian. Namun, dia tergelak sebaik saja melihat ibu bapanya ketawa kecil lalu berkata”sudah” dan mengelap air matanya.

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 3.8M views, 288.8K likes dan 14.3K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah bayi lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: