Cover image via
@lalaproton (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun begitu, persoalan timbul apabila melihat kereta-kereta ini dipaparkan di dalam pusat beli-belah. Macam mana kereta itu dipandu masuk dan dipandu keluar sudah sering dipersoalkan bukan?
Tular sebuah video di TikTok yang memaparkan cara salesman memandu kereta display keluar dari pusat beli-belah telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang penjual kereta sedang berkongsi cara memandu kereta keluar dari mall.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat memandu sambil menerangkan cara-cara kereta dibawa keluar ke mall itu. Kebiasaannya, mereka mula mengeluarkan kereta pada pukul 11 malam apabila sudah tiada pengunjung.
Kereta yang dipandu juga dilihat perlu belok dengan cermat dan berhati-hati kerana ruangan yang sempit. Gadis itu juga menjelaskan kereta display akan dibawa keluar mengikut pintu keluar mall.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan perkongsian itu. Rata-rata semua baru tahu cara kereta dibawa masuk dan keluar mall.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 564K tontonan, 56K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: