@densuzuran (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada saja perangai yang mereka lakukan untuk buat rakan-rakan gelak besar. Memang tak jemu dan tak bosan kalau ada kawan yang happening macam itu.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki jatuh motor semasa sakan nak posing telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motosikal di stesen minyak. Dipercayai bahawa, dia baru selesai mengisi minyak motornya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia saja nak memusingkan badan ke arah rakannya yang sedang merakam video. Dia dilihat hilang imbangan lalu motornya jatuh.
Lebih melucukan lagi adalah apabila lelaki itu tidak sempat menyelamatkan motornya sehingga dia juga terjatuh ke atas lantai.
Ikutan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 815K tontonan, 116K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: