Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mana tidaknya, sambil berborak ada saja makanan yang hendak dipesan selagi topik belum habis. Senang cerita, walaupun harga di kedai mamak agak cekik darah, kita tidak kisah untuk bayar asalkan dapat melepak bersama kawan-kawan.
Namun, lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh sekumpulan gadis ini apabila mereka memesan roti tisu dan hasilnya membuatkan ramai dekah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @izzyany, kelihatan mereka sedang berada di sebuah kedai mamak di Johor.
Apa yang melucukan adalah apabila salah seorang daripada mereka memesan roti tisu dan tidak sangka roti tersebut terlalu tinggi sehingga membuatkan mereka satu meja malu kerana tidak tahu macam mana nak makan.
Malah, ada yang menyamakan roti itu dengan bangunan pencakar langit. Sudahnya, mereka tergelak menahan malu sehingga akhir video.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 864.4K tontonan, 140.9K tanda suka serta 1.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat keadaan roti tisu yang tinggi itu.
Malah, ada yang menyuruh gadis-gadis tersebut berdiri atas kerusi sebelum makan. Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: