Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mungkin ia agak kekok untuk kali pertama, tapi lama-kelamaan pasti kita sudah boleh terima budaya keluarga pasangan itu.
Seperti video yang tular di TikTok ini yang memaparkan seorang pemuda buat pertama kalinya balik ke rumah bakal mentua dan disuruh makan jering bersama budu telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @cikjenny, kelihatan pemuda itu sedang menikmati hidangan tengah hari bersama bakal mak mentuanya di Kelantan.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat kekok ketika disuruh makan nasi bersama jering cicah budu.
Reaksi wajahnya yang seperti cuak membuatkan teman wanitanya tergelak. Malah, dia cuba menyorokkan jering itu di dalam tangannya kerana tidak mahu makan.
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih sehingga 2.8M tontonan, 221.4K tanda suka serta 2K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pemuda itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: