Cover image via
@amiruleffendy_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selalunya, mereka hanya mengenakan kemeja kosong dan seluar jeans atau pun kemeja batik dan seluar slack saja untuk nampak bergaya.
Namun, lain pula dengan sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda berpakaian sama seperti staf catering telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amiruleffendy_, kelihatan mereka semasa itu sedang berada di majlis kenduri kahwin kawan mereka.
Namun, seorang pemuda dilihat memakai baju yang sama seperti staf catering di situ membuatkan kawan-kawannya merancang untuk membuat prank.
Mereka telah berkomplot dengan salah seorang staf catering itu untuk memanggil pemuda tersebut bekerja kononnya disuruh oleh bos.
Apa yang menghiburkan adalah reaksi pemuda itu pada mulanya seperti blur-blur. Tetapi, sebaik saja dia menyedari dia diprank, kawan-kawannya serentak ketawa kerana prank itu menjadi. Pemuda itu pula menahan malu sambil menutup mukanya.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 514.5K views, 62.8K likes dan 626 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pemuda itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: