@wannurliyanaaa (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kepada para wanita, sudah pasti menjadi rambang mata apabila baju raya kini mempunyai pelbagai warna dan fesyen. Penat mencari baju raya, sudah tentu kita kecewa apabila baju yang dibeli indah khabar dari rupa bukan?
Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila baju kurung yang diterima wanita ini beza cutting telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita telah menerima parcel berisi baju raya yang dibeli daripada sebuah jenama.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati baju raya yang mahal itu tidak sama cutting. Belah kanan dan kiri baju tidak sama dan berbeza dari segi jahitan juga. Perkara itu membuatkan dia berang.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 391K tontonan, 8K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut pelik melihat baju seperti itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: