HomeEntertainment#Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia 'One-Off' Sebanyak RM2,000 Bakal Diterima

#Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia ‘One-Off’ Sebanyak RM2,000 Bakal Diterima

Cover image via
Berita RTM (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat hari ini berkata, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi mengurangkan bebanan rakyat menghadapi pandemik Covid-19.

Katanya lagi, BKM itu juga akan memanfaatkan 9.6 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM8.2 bilion.

Bantuan kali ini adalah yang tertinggi berbanding sebelum ini di mana Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.

Bantuan tunai langsung itu juga ditambah baik dengan memperkenalkan BKM untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka yang terkesan.

You may be interested in:

Must Read

Related News