Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika kita mempunyai telefon atau laptop, kebiasaannya perkara penting yang kita lakukan adalah dengan meletakkan password terlebih dulu betul tak?
Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti akses daripada orang luar atau kecurian.
Tetapi, bagi orang yang berusia mereka mungkin kadangkala lupa password telefon mereka sehingga terpaksa ditulis pada kertas dan diselit di mana-mana.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila dua orang gadis berkongsi password telefon nenek mereka kerana begitu mudah dicari.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baik takyah buat password kalau tulis dekat casing
Nenek nak senang ingat letak password dalam casing telefon
Menerusi video tersebut, kendengaran suara dua orang gadis semasa itu sedang memegang telefon dipercayai kepunyaan nenek mereka.
Mereka kemudian membuka casing telefon tersebut dan menunjukkan nombor yang ditulis padanya sambil memasukkan kod password telefon.
Rupa-rupanya itu adalah password telefon nenek mereka yang ditulis di situ. Perkara tersebut membuatkan mereka tergelak kerana begitu mudah untuk mengetahui password telefon si nenek.
Image via @desyzwne (TikTok)
Image via @desyzwne (TikTok)
“Dia macam lock pintu tapi tinggal kunci dekat mangga” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 126.9K views, 9,087 likes dan 118 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @desyzwne (TikTok)
Image via @desyzwne (TikTok)
Image via @desyzwne (TikTok)
Image via @desyzwne (TikTok)
Image via @desyzwne (TikTok)
Biasalah orang berusia memang cepat lupa kan 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik