“Bahaya” – Tak Dapat Hubungi, Gadis Ini Sampai Sanggup Meniti Kabel Elektrik Demi Cari Ibu

0
212
Cover image via
Aslina Ngah (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berikutan itu, ramai yang terkesan sehingga jambatan utama di Kampung Belukar Bukit runtuh dan rosak. Bukan setakat itu, bekalan elektrik juga terganggu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang gadis cuba merempuh laluan yang bahaya untuk mencari ibunya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis ingin menyeberangi sungai yang deras. Pada mulanya, tempat itu memang mempunyai jambatan utama yang menghubungkan dua kawasan.

Namun, jambatan utama di situ telah roboh akibat banjir. Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila gadis itu tetap gigih meniti kabel elektrik yang bahaya supaya dapat menyeberangi tempat itu. Dipercayai gadis itu ingin mencari ibunya yang tidak dapat dihubungi selama 2 hari.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 181K tontonan, 1.4K tanda suka dan 300 komen di Facebook, rata-rata netizen turut bersimpati. Malah, ramai yang menasihati gadis itu jangan berbuat demikian kerana bahaya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

You may be interested in: