@lulubangett (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Rakan-rakan sudah pastinya menyiapkan hadiah atau sedikit wang untuk pengantin. Pelbagai idea barangan yang boleh dihadiahkan untuk pasangan pengantin. Ada yang menghadiahkan barangan rumah dan sebagainya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan pemuda lelaki menghadiahkan barangan rumah kepada pengantin telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan lelaki sedang menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat beratur menuju ke arah pelamin sambil membawa hadiah. Malah, hadiah yang mereka bawa berbentuk barangan rumah, ada Mi TV, bakul, baldi, penyapu dan macam-macam lagi.
Lebih melucukan lagi ada pula yang menghadiahkan sebatang hanger dengan diikat reben kecil. Bukan setakat seorang yang membawanya, malah ada beberapa orang yang membawa penyangkut yang sama.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5M tontonan, 466K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat rakan-rakannya yang sporting.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: