@nadril_fadhli (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, budak-budak kecil sememangnya sangat comel dan telatah mereka menggeramkan. Tambahan lagi, jika mereka mempunyai perangai ‘panjang akal’, memang akan dijadikan bualan keluarga dan rakan-rakan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila budak kecil berusia 3 tahun memilki badan yang sado telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan aksi seorang budak kecil sedang dirakam oleh keluarganya di halaman rumah.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila budak lelaki itu memiliki badan yang sado. Dia dilihat mempunyai otot di bahagian lengan seperti orang yang pergi ke gym. Ototnya nampak lebih jelas apabila dia mengangkat tangan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 28M tontonan, 1.9M tanda suka dan 21K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun melihat si cilik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: