Cover image via
@iman.talib (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bermula dari pandai berjalan, bercakap, berlari sehinggalah sudah pandai menulis apabila masuk ke alam persekolahan, tentu seronok melihat setiap pencapaian anak-anak.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki membuat ‘review’ buku karangan anaknya yang baru berusia lapan tahun telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @iman.talib, kelihatan lelaki itu sedang membuat review buku karangan anaknya yang baru masuk darjah dua.
Buku itu bertajuk Mama Ayah Kahwin dan terdapat dua ekor dinosaur di muka depannya. Apa yang menghiburkan adalah, jalan cerita yang direka oleh anaknya itu menceritakan kisah cinta ibu dan ayahnya sebelum berkahwin.
Lebih melucukan lagi, terselit pula plot twist dan double meaning di dalam buku karangan tersebut apabila si anak menulis “lepas tu diaorang tidur, lepas tu bunyi crack, lepas tu dia lahir, lepas tu dia baby”. Akhir sekali, dia melukis pula gambar telur dinosaur.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih 429.3K tontonan, 63.3K tanda suka serta 1.5K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur mendengar cara si ayah bercerita dan kepandaian anaknya menulis buku karangan walaupun baru berumur lapan tahun.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: