HomeEntertainment"Awet Muda" - Pengantin 50 Tahun Tular Gara-Gara Suami Pandang Tak Berkelip...

“Awet Muda” – Pengantin 50 Tahun Tular Gara-Gara Suami Pandang Tak Berkelip Cantik Sangat

Cover image via
@nurindahklatey (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak kiralah itu merupakan perkahwinan yang pertama mahu pun kedua bagi mereka bergelar ibu tunggal, jika pandai menjaga wajah pastinya akan naik seri pada hari bahagia. Malah, wanita berumur juga boleh nampak lebih muda berbanding usia sebenarnya tau!

Tular baru-baru ini sebuah video di TikTok memaparkan rakaman seorang wanita berumur 50 tahun tampil dengan sangat cantik di hari pernikahannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurindahklatey

My mum kawin i cry sebab dia cantik drp anak2 nya ##kahwincheck ##kahwinpkp

Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurindahklatey, kelihatan ibu gadis tersebut baru saja selesai majlis pernikahannya.

Namun, wajahnya telah menarik perhatian ramai gara-gara awet muda dan sangat cantik persis anak dara. “My mum kahwin, I cry sebab dia cantik daripada anak-anaknya,” katanya.

Malah, suaminya juga dilihat sangat terpegun dengan kecantikan si isteri dan memandangnya tidak berkelip semasa rakaman mereka diambil oleh anaknya di atas pelamin.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 729.8K views, 50.4K likes dan 2.2K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memuji kecantikan ibu gadis itu. Malah, ramai yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News