HomeEntertainmentAwalnya Tak Boleh Terima, Remaja Ini Dipuji Pandai Jaga Adik Walaupun Beza...

Awalnya Tak Boleh Terima, Remaja Ini Dipuji Pandai Jaga Adik Walaupun Beza Jarak 17 Tahun

Cover image via
@ainn_aisya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, kadangkala ada yang sudah tunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat. Ada juga yang diberi rezeki dengan mendapat cahaya mata dalam masa yang singkat. Semuanya sudah ditentukan.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang ibu berkongsi situasi anak lelakinya semasa menerima adik baru selepas 17 tahun telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video perkongsian oleh @ainn_aisya, ia memaparkan kisah anak lelakinya yang pada mulanya tidak boleh menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.

Namun, tidak lama kemudian anak lelakinya itu dilihat sangat menyayangi adiknya walaupun baru berusia satu bulan.

Difahamkan, anaknya itu pada awalnya menangis, merajuk serta mogok kerana takhta sebagai anak tunggal akan hilang selepas 17 tahun.

Tetapi, perkara itu mula berubah selepas kelahiran adik perempuannya itu yang membuatkan dia menjadi seorang abang yang sangat penyayang.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai reaksi mereka. malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 788K views, 73K likes dan 2,074 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News