@jokipokemon (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kucing merupakan haiwan jinak yang sangat manja dan dekat dengan tuannya. Namun, kadangkala mereka ini juga mempunyai sifat nakal dan panjang akal terutamanya kucing Oyen.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seekor kucing membuat hal semasa tuannya sedang solat telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menunaikan solat fardhu di dalam biliknya.
Wanita itu sudah pun berada di tahiyat akhir semasa solat, tiba-tiba kucing peliharaannya berjalan di depan sambil memandang ke arah tuannya. Lebih melucukan lagi adalah apabila kucing itu dilihat menerjah muka tuannya itu.
Disebabkan itu, wanita berkenaan terus melatah dan memarahi kucingnya kerana terpaksa mengulangi solatnya sekali lagi.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6.7M tontonan, 670K tanda suka dan 20K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan situasi itu. Malah, ramai juga yang geram dengan kucing itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: