“Auto Free Hair” – Gadis Ini Main Game Ekstrem Di Escape Penang, Sekali Lain Yang Jadi

0
272

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hanimeidayu, kelihatan gadis itu bermain salah satu permainan yang dipanggil slingshot di Escape Penang.

Permainan itu agak ekstrem kerana kita akan dilepaskan dari bawah dan melambung ke atas beberapa kali sambil diikat di antara pokok.

Tetapi, apa yang menghiburkan adalah apabila sebaik saja gadis tersebut melambung ke atas, tudung dan scarfnya tercabut sehingga menampakkan keseluruhan rambutnya.

“Bukan takat jantung je hilang, tudung pun hilang,” katanya.