HomeEntertainment"Asalkan Faham" - Netizen Puji Pelumba Basikal Ini Cakap 'English' Loghat Ganu....

“Asalkan Faham” – Netizen Puji Pelumba Basikal Ini Cakap ‘English’ Loghat Ganu. Salute!

Cover image via
Twitter @my_tehoais

Apa tidaknya, bahasa Inggeris kini seakan menjadi bahasa rasmi dalam urusan pekerjaan dan lain-lain membuatkan semakin ramai kini cuba untuk memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Namun, menjadi masalah pula apabila usaha sesetengah individu untuk mempelajari bahasa ini dijadikan jenaka oleh orang sekeliling membuatkan ada yang putus asa untuk belajar kerana enggan diejek.

Selain itu, ada juga yang berbahasa Inggeris beserta loghat ‘orang putih’ turut menjadi isu.

Video berdurasi satu minit 16 saat itu dikongsi oleh akaun Twitter, MY Teh O Ais, menunjukkan Hariff tenang menjawab soalan yang ditanyakan wartawan mengenai prestasinya dalam sukan itu dalam bahasa Inggeris beserta loghat Terengganunya yang pekat.

Setakat artikel ini ditulis, video itu telah mencecah 625.9 ribu tontonan dan mempunyai hampir 13 ribu retweets serta 17.5 ribu likes.

Bahasa:

“Dia bercakap bahasa Inggeris dengan bagus beserta loghat tempatan. Kita tidak perlu loghat palsu untuk kelihatan bagus ketika bercakap,” tulisnya.

Bahasa:

“Kita harus menerima loghat ‘bahasa Inggeris – bahasa Melayu. Seriuslah, anda lihat orang Jerman cakap bahasa Inggeris dengan bunyi Jerman yang pekat dan anda boleh lihat orang Itali cakap bahasa Inggeris dengan bunyi Itali yang pekat,” tulisnya.

Bahasa:

“Dia punya bahasa Inggeris tak teruk langsung. Hentikan mengejek orang, kita seharusnya menggalakkan lebih ramai orang berlatih dan bercakap bahasa Inggeris,” tulisnya.

Bahasa:

“Kalau Boon boleh menang Oscar untuk Filem Terbaik dan beri ucapan dalam bahasa Korea, saya tak nampak isu apa-apapun dengan lelaki ini. Cakap bahasa Inggeris tidak bermaksud anda pandai,” tulisnya.

Bahasa:

“Sebagai warga Terengganu, kami sangat bangga dengannya sebab dengar bunyi Terengganu dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Salute!” tulisnya.

More stories to read:

Must Read

Related News