Apa Saya Perlu Buat Jika Tersenarai Kontak Rapat? Ini Perkara Yang Anda Perlu Ketahui

0
281
Cover image via
SBS
& The Straits Times

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika mungkin sebelum ini kita sudah mengamalkan SOP yang ketat, namun kali ini kita perlu lebih teliti dengan keadaan semasa memandangkan virus Covid-19 juga bermutasi.

Ramai kini dilihat sekurang-kurangnya ada seorang dua kenalan mereka yang pasti sudah dijangkiti dengan virus berkenaan.

Gelombang Omicron ini memang akan menyumbang kepada bilangan kes Covid-19 yang boleh mencecah sehingga 15 ribu kes harian.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk semua faham simptom Omicron dan langkah membuat persiapan diri jika positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat.

Demam atau menggigil BatukSesak nafas atau kesukaran bernafas KeletihanSakit otot atau badan Sakit kepala Sakit tekak Hidung tersumbat atau berair Loya atau muntah Cirit-biritMengikutkajianDr Masita Arip dari Institut Penyelidikan Perubatan, gejala yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia yang positif Covid-19 Omicron ialah sakit kepala dan loya. Omicron tidak menyebabkan demam panas dan hilang deria bau dan rasa.
1. Pastikan anda menghantar ujian Covid-19 dalam MySejahtera.

2. Kuarantin kendiri di rumah atau di CAC (Mengikut tahap kategori dan arahan pegawai perubatan).

Laporkan kepada pihak pegawai perubatan jika anda mengalami simptom seperti:

Sesak nafasSakit dada Ketidakupayaan untuk bangun Kulit pucat dan lebih banyak lagi informasi di sini.
3. Ikut tempoh kuarantin yang ditetapkan.
Untuk yang telah menerima dos penggalak: 7 hari Untuk yang lengkap vaksinasi: 7 hariTidak lengkap / tidak vaksinasi: 10 hari4. Pantau diri sendiri dan sentiasa kemas kini MySejahtera.

1. Kuarantin kendiri mengikut tempoh yang ditetapkan.
Untuk yang telah menerima dos penggalak: 5 hariUntuk yang lengkap vaksinasi: 7 hariBelum lengkap / tiada vaksinasi: 10 hari2. Pantau diri sendiri.
Untuk yang bergejala: Lakukan RTK-Ag kendiri, jika positif pengurusan kes sama seperti kes positif Covid. Untuk yang tiada gejala: Tiada ujian pengesanan perlu dilakukan.
Walaupun tiada gejala, ia adalah lebih baik jika anda juga mengamalkan ujian kendiri di rumah semasa tempoh kuarantin. Lakukan ujian kendiri pada hari ke-5 selepas anda bertemu dengan orang yang positif Covid-19.

Walaupun keputusan anda tetap negatif sepanjang tempoh kurantin, tempoh kuarantin tidak akan berubah.

You may be interested in: