HomeEntertainment"Another Level" - Kucing Di UPM Siap Pakai Kad Matrik Pada Leher...

“Another Level” – Kucing Di UPM Siap Pakai Kad Matrik Pada Leher Jadi Perhatian. Comel!

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan manja

Pasti ramai di sini ada membela kucing di rumah bukan? Kucing ini boleh jadi peneman dan kawan di kala kita kebosanan. Malah, ia juga adalah sunnah.

Tetapi, tular sebuah posting di Twitter ini memaparkan seekor kucing di Universiti Putra Malaysia (UPM) memakai ‘kad matrik’ telah mencuri perhatian ramai.

Lihat posting itu di bawah:

Image via @seowth27 (Twitter)

Siap dapat gelaran ‘doktor falsafah’

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi kucing yang berada di UPM.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, dapat dilihat kucing itu memakai ‘kad matrik’ berserta dengan nama Pak Tam dan jurusan yang diambil si comel itu. Siap dengan qr code sekali.

“Another level kucing UPM ni,” tulisnya.

Image via @seowth27 (Twitter)

“Tu dia PHD! Aku degree pun tak lepas lagi” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 22.5K retweets,1,645 quotes tweets dan 45.8K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Bangga giler muka jd student UPM

— Wreck-it Bum (@pzanabella) October 26, 2022

Patut la upu susah nak dapat kucing dapat masuk uni skrg @frdya_

— Nuwin (@nrnizz_) October 26, 2022

tu diaaaaa phd! aku degree pun x lepas lagi

— Cermin (@namelessmangkuk) October 26, 2022

Mcm mana nak apply course meow ni? Nak masuk zaman universiti balik la mcm ni.

— MHS94 #BleachTYBW (@muhishaa94) October 26, 2022

level phd bahasa meow sia

— Y A N A (@yanayourbae) October 26, 2022

HAHAHAHAHAHAH COMEL TERUK

— Syed Aliff (@syedaaliff) October 26, 2022

This cat got phd in language. I hope i can learn from this cat on how to communicate with cat

— Nuar (@mhdnuar) October 27, 2022

Kena CGPA berapa utk masuk ni?

— Karen Pro Max (@RabuAddams) October 26, 2022

Comel teruk kucing ni! Doktor tu, jangan main-main 😛

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News