@hezrazenky (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Haiwan dilihat cenderung untuk memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Hal ini termasuklah memberi susu, makanan dan melindungi anak-anak mereka daripada bahaya.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan tindakan seekor anjing yang meminta bantuan seorang pemuda untuk menyelamatkan anak-anaknya telah meraih perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hezrazenky, kelihatan seekor anjing sedang meminta bantuan seorang pemuda untuk menyelamatkan anaknya yang terperangkap di dalam longkang.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anjing tersebut pandai menunjukkan arah di mana keberadaan anak-anaknya itu.
Pada akhir video, pemuda tersebut dilihat menyelamatkan anak-anak anjing itu sambil membebel seperti mak-mak. “Hah main lagi dalam longkang”, bebelnya.
Ekoran tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.2M tontonan, 330.9K tanda suka dan 11.4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji cara anjing itu meminta bantuan.
Malah, ada juga yang terhibur dengan bebelan pemuda tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: