Cover image via
Kerajaan Negeri Pahang (Facebook)
& Astro Awani
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, berkata penduduk di pesisir pantai di daerah ini juga disaran untuk lebih berhati-hati dan berwaspada sepanjang tempoh itu memandang paras air dijangka pada ketinggian 5.2 meter hingga 5.6 meter.
“Air pasang besar dijangka berlaku bermula pada Rabu hingga Ahad depan”
“MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terbabit”
“Antara kawasan yang dijangka akan berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat,” katanya.
Katanya, jika berlaku hujan lebat dan angin kencang secara serentak bersama air pasang besar, risiko berlakunya kejadian banjir akan menjadi lebih buruk.
“Orang awam yang tinggal di pesisir pantai disaran agar menyimpan semua dokumen penting di tempat yang selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir.”
“Orang ramai khususnya penduduk daerah ini diingatkan supaya tidak mendekati atau memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang ditetapkan memandangkan kesemua kawasan peranginan pantai terbabit akan ditutup sepenuhnya,” ujarnya.