Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan musim pandemik telah mengakibatkan sesetengah orang hilang sumber rezeki
Perkara tersebut berlaku kerana tidak semua sektor ekonomi boleh beroperasi semula. Oleh sebab itu, ada yang terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat bertahan. Banyak sektor ekonomi yang terkesan terutamanya peniaga-peniaga kecil.
Baru-baru ini tular sebuah kisah tentang sepasang suami isteri tekad untuk bawa bayinya rentas negeri akibat tekanan hidup telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting penuh itu di bawah:
3 BERANAK NAIK MOTOR DARI PERAK KE SELANGOR.
Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor bertindak segera setelah menerima…
Posted by Lembaga Zakat Selangor on Sunday, September 5, 2021
Tekad menaiki motosikal rentas sejauh 200km akibat tekanan hidup
Menerusi posting berkenaan, dipercayai bahawa tiga beranak itu berasal dari dari Kuala Kurau, Perak.
Sepasang suami isteri nekad menaiki motosikal dengan membawa bayi lelaki berusia 6 bulan itu rentas hampir sejauh 200 kilometer ke Selangor akibat tekanan hidup.
Menurut Lembaga Zakat Selangor, keluarga itu pernah meminta sumbangan orang ramai di sebuah stesen minyak. Skuad mereka bergegas segera untuk bantu keluarga ini sebaik saja menerima maklumat tentang mereka yang berada di sebuah hotel bajet.
“Anaknya yang berusia enam bulan terpaksa dibawa bersama menaiki motor dari Perak ke Selangor,” kata Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor.
Berdasarkan rekod mereka sekeluarga tersenarai dalam penerima zakat Selangor sebelum ini. Namun, setelah berpindah ke Perak, bantuan itu ditamatkan. Mereka kini menerima bantuan dari pihak masjid, kampung dan Majlis Agama Islam Perak.
Keluarga berkenaan telah ditempatkan di sebuah hotel bajet buat sementara waktu dan bantuan kecemasan sebanyak RM500 turut disalurkan kepada mereka.
Image via ibnuhusain (Facebook)
Semoga dipermudahkan segala urusan buat keluarga yang terbabit.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik