Cover image via
@bebenjaa (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang gemar sangat memasak sehingga mencuba pelbagai tips dan cara dalam masakan mereka. Kadangkala memasak ini juga adalah satu terapi buat diri mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang pengguna TikTok berkongsi tipsnya ketika sedang memotong bawang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @bebenjaa sedang memberikan tips memotong bawang.
Dia kemudian memberitahu antara tips yang berkesan untuk mengelakkan mata pedih semasa memotong bawang adalah dengan menjelirkan lidah semasa memotong.
Malah, dia siap menunjukkan demo melakukannya dan kelihatan matanya tidak pedih langsung. Dia juga menyarankan agar pengikutnya mencuba dan melakukan perkara yang sama.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihat video itu. Ada juga yang terhibur melihat caranya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 340.9K views, 21.7K likes dan 3,051 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: