Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka ini dikatakan berani dan tidak mempunyai sifat malu untuk menceriakan suasana. Selalunya, mereka inilah yang paling menonjol kerana sering buat lawak dan ada saja perangai pelik mereka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang pemuda dilihat membawa air plastik yang besar, namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang membawa plastik besar yang berisi air di depan rumahnya.
Sebaik saja air yang berat itu dipikul, dia dilihat hilang imbangan badan lalu jatuh ke dalam parit bersama air yang baru dibeli. Lebih melucukan lagi, dia dilihat tercungap seketika sebelum menyelamatkan dirinya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 48M tontonan, 5M tanda suka dan 175K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

