Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka ini sudah menjadi fenomena seluruh dunia ketika ini. Malah, pencapaian mereka juga sudah berada di tahap international. Wow!
Bagi anda yang meminati kumpulan pasti tahu mereka terdiri 7 orang ahli. Bagi sesetengah, pasti mempersoalkan ianya ramai bagi sebuah kumpulan sehingga tidak tahu nama-nama mereka. Tambahan lagi jika kawan atau pasangan anda sedang bercakap mengenai mereka, sampai blur dibuatnya.
Baru-baru ini seorang lelaki berkongsi videonya di TikTok mengajar cara ‘pantas’ untuk mengenali ahli kumpulan berkenaan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video perkongsian daripada @shahrinbahar, dia berkongsi antara cara mudah untuk orang tidak mengenali ahli kumpulan BTS mengingati nama mereka.
Dia kemudian mula memberikan antara penerangan mudah untuk mengingati nama-nama mereka dengan deskripsi yang agak lucu.
Antaranya dia menerangkan “Yang ini paling handsome, indahnya muka dia, ini V,” katanya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur dan memberikan reaksi mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 413.5K views, 76.2K likes dan 3,824 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:


