@sanggar.liza (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kaum mempunyai adat luar biasa yang masih diamalkan dan diturunkan kepada ahli-ahli keluarga. Tidak dinafikan, sesetengah adat memang tidak biasa didengar tetapi mempunyai makna yang tersendiri.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang ibu hamil mengamalkan adat Sunda sebelum bayinya lahir telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan suami isteri sedang mengadakan majlis kesyukuran sempena tujuh bulan bayi dalam kandungan.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka mengamalkan adat Sunda iaitu ahli keluarga perlu memasukkan belut atau ikan ke dalam kain ibu hamil. Makna sebalik upacara memasukkan belut adalah supaya proses kelahiran bayi akan menjadi lebih lancar.
Ada juga yang masukkan ikan emas yang membawa makna supaya bayi yang dilahirkan tidak songsang. Ibu hamil itu dilihat seperti menahan geli dan terpaksa memberanikan diri.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6.6M tontonan, 486K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


