Cover image via
Free Malaysia Today
& @@2121Gamerz (Twitter)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan sarapan saja, malah kadang boleh buat minum petang dengan adanya roti putih. Macam-macam resepi boleh dibuat seperti piza roti atau roti bakar pisang yang lazat dengan hanya menggunakan air fryer.
Kalau anda perasan masa kita beli roti, pasti kita akan semak tarikh luput dan harga pada label di bungkusan roti bukan?
Sebenarnya, label itu mempunyai maksud tersirat selain menyatakan tarikh luput dan harga. Gardenia mempunyai 7 label berbeza warna yang mempunyai maksud berbeza daripada jenama yang lain.
Hal ini disebabkan Gardenia membakar roti setiap hari. Oleh itu, mereka mempunyai label warna untuk setiap hari Isnin hingga Ahad.
Lihat maksud label di bawah:
Warna tan – IsninWarna oren – SelasaWarna kuning – RabuWarna biru – KhamisWarna hijau – JumaatWarna merah – SabtuWarna putih – Ahad