“Ada Kuasa” – Penganjur Panggil Pawang Untuk Berhentikan Hujan Di Indonesia Curi Tumpuan

0
215
Cover image via
@hillsatrio (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, gempar di Indonesia tentang acara perlumbaan MotoGP yang diadakan di Litar Antarabangsa Mandalika.

Tular video di TikTok yang memaparkan pihak penganjur memanggil pawang untuk memberhentikan hujan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah rakaman yang memaparkan suasana hujan di litar perlumbaan kereta.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila pihak penganjur dilihat memanggil pawang untuk membuat upacara di tengah-tengah litar. Upacara tersebut dipercayai ialah upacara memberhentikan hujan supaya perlumbaan boleh diteruskan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@hillsatrio

Reply to @magdalenarosasiska hujannya sih berkurang, balapan bisa mulai. Apa karna pawang atau karna Tuhan, kembali ke keyakinan masing-masing #MotoGP #Mandalika #SerunyaOlahraga #TiktokBerita

original sound – hillsatrio – hillsatrio

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 400K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap pawang itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read: