Sudah pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya bersama saudara atau teman-teman di panggung wayang.
Selain daripada filem yang menarik, keselesaan tempat duduk di dalam pawagam kadangkala juga amat dititikberatkan oleh penonton. Maklumlah, untuk dapatkan pengalaman sinematik terbaik, mestilah kita inginkan yang terbaik.
Namun begitu, kadang-kadang tanpa diduga, waktu sedang syok tengok wayang ini kita akan diganggu dengan pasangan yang sibuk buat ‘wayang’ sendiri. Selalunya mereka akan memilih untuk duduk di area belakang-belakang sebab senang nak sorok.
Tapi tak adalah sorok sangat kalau orang yang duduk di depan pun boleh dengar adegan tidak senonoh mereka yang dekat belakang itu.
Menerusi laman Twitter, @pineabul yang juga merupakan bekas pekerja di sebuah rangkaian pawagam telah tampil menyatakan bahawa setiap panggung wayang mempunyai kamera CCTV yang diletakkan berhampiran dengan skrin bagi memantau kelakuan penonton wayang.
Bukan itu sahaja, dia turut menjelaskan bahawa kegunaan kamera CCTV mod penglihatan malam (night vision) itu adalah bagi mencari semula barang-barang yang ditinggalkan tanpa sengaja oleh penonton seperti beg dompet atau telefon bimbit.
Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan @pineabul itu, beberapa lagi bekas pekerja di rangkaian pawagam turut tampil menyokong dan memberi penjelasan mereka tersendiri perihal perkara ini.
Menariknya, masing-masing tiba-tiba membuat pengakuan atau confession pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya di dalam wayang.
Ada yang mengaku membawa masuk makanan luar, ada juga yang meminta maaf kerana pernah meletakkan kakinya pada kerusi hadapan.
Antara komen menarik dari warganet: