Cover image via
@afqqlh (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika ibu bapa membawa anak-anak pergi ke zoo, sudah pasti mereka paling teruja dan gembira melihat binatang dan haiwan yang baru pertama kali berjumpa.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang budak lelaki teruja mengusik kambing namun melatah pada akhirnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang melihat kambing di sebuah tempat bersama keluarganya.
Dia dilihat cuba untuk mengusik kambing dengan mencubit daripada jauh. Namun, dia tidak berani untuk berbuat demikian.
Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja dia menyimpan tangannya sambil senyum itu, kambing di sebelah pula mengembek dan membuatkan dia terkejut lalu melatah kecil.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 42K tontonan, 8K tanda suka dan 116 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan kecomelan budak lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: