Cover image via
@intanatasya_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai yang mengambil kesempatan ini untuk pergi bercuti bersama keluarga atau pun rakan-rakan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi design bilik air hotelnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi suasana di dalam bilik hotel bersama rakannya.
Namun selepas menunjukkan pemandangan dari bilik hotelnya pada akhir video, dia dilihat berkongsi design bilik air hotel itu yang kelihatan lut sinar tanpa sebarang penghadang.
Malah, kelihatan rakannya berada di dalam sambil melambainya dari arah luar bilik air itu.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan padangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 558.4K views, 48.2K likes dan 306 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: